Pengenalan
Berbangga menjadi rakyat Malaysia, negara yang amat unik dan menjadi kekaguman masyarat dunia kerana kepelbagaian kaum yang menghuninya penuh keharmonian, tiada perbalahan rukun dan damai. Masyarakat majmuk yang terdiri dari pelbagai budaya, kepercayaan, adat resam dan agama boleh hidup bersama merupakan satu keunikan dan kebanggaan bagi warganya.
Sebagai seorang guru perlu mengetahui dan memahami kewujudan pelbagai budaya masyarakat Malaysia, perlu mengaplikasikannya sebagai proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat melahirkan warganegara yang bersatu padu.
Masyarakat Malaysia terdiri dari pelbagai kaum atau etnik iaitu Melayu,Cina,India,Iban dan Kadazan dan beberapa etnik lain yang merupakan kumpulan minoriti.
1. Etnik Melayu
Etnik Melayu adalah merupakan kaum yang teramai di Malaysia. Di dalam perlembagaan Malaysia di bawah artikel 160 (2), orang melayu ditakrifkan sebagai
“Orang Melayu” ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu dan menurut adat Melayu . Taksiran secara kasar ini membawa maksud seseorang melayu itu, boleh di panggil melayu jika mereka beragama Islam. jika berkahwin dengan bangsa lain, jika anak mereka beragama Islam, bercakap dalam bahasa Melayu dan mengamalkan cara hidup Melayu maka anak itu Melayu. mungkin sebab itulah jabatan pendaftaran negara meletakkan kaum Melayu itu sebagai Melayu jika mereka beragama Islam. Jika mereka memohon untuk bertukar agama sekali pun, mahkamah sukar menerima kerana tidak dapat menetapkan kaum apakah mereka itu sekiranya mereka telah keluar dari Islam.
Tetapi, dari mana perkataan melayu itu timbul..sejarawan masih belum dapat menjelaskan dengan terpinci atau tepat bagaimana perkataan Melayu itu muncul. Ada jenaka mengatakan Melayu itu berasal daripada perkataan ‘layu’ yang membawa pengertian sebagai kaum yg tidak cergas, berwibawa dan malas, terlalu sinikal, tetapi beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul Melayu itu dengan :
1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi. Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.
2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, itu Sungai Melayu.
3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.
4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan “Mlayu” bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.
Manakala dari segi definisi budaya (cultural definition), Melayu itu merangkumi seluruh penduduk pribumi di Dunia Melayu (Nusantara), iaitu penduduk serumpun tidak kira agama, bahasa, dan adat istiadat yang diikuti oleh masing-masing kelompok serumpun tersebut.
2. Penyebaran penduduk Melayu di Malaysia
Mengikut (1997) Vital Statistics Malaysia Report, penduduk Malaysia semuanya berjumlah hampir 21 juta (jumlah sebenar 20.997.220), dan daripada jumlah tersebut, penduduk Melayu ialah 10,2 juta (48,5 %). Penduduk pribumi lain (termasuk Iban, Kadazan, Melanau, Bidayuh, Murut, dll) berjumlah 2,2 juta (10,5 %). Selebihnya terdiri daripada penduduk bukan pribumi, iaitu orang Tionghoa (5,4 juta – 25,7%), dan orang India, Serani dll (3,1 juta – 14,7%).
Sebahagian besar daripada penduduk Melayu ( 65%) tinggal di kawasan desa, di kampung-kampung. Pada masa dulu, sebuah kampung Melayu merupakan satu unit politik, satu unit ekonomi, satu unit genealogi, dan satu unit keagamaan. Kini, kewujudan kampung Melayu tidak sepenuhnya memenuhi keempat-empat ciri di atas.
3. Sistem ekonomi
Bagi orang Melayu yang tinggal di desa, majoritinya menjalankan aktiviti pertanian seperti berkebun, menternak dan menangkap ikan. Aktiviti pertanian termasuk mengusahakan tanaman padi, kelapa sawit, kelapa, dan tanaman campuran (mixed farming). Orang Melayu yang tinggal di pekan dan di Bandar kebanyakannya bekerja dalam sektor awam dan swasta, bekerja di sektor perindustrian, perdagangan, pengangkutan, dan lain-lain. Penguasaan ekonomi di kalangan orang Melayu realitinya masih rendah dibandingkan dengan penguasaan ekonomi oleh penduduk non-pribumi, terutamanya kaum Cina. Tetapi kini telah ramai orang Melayu yang telah berjaya dalam bidang perniagaan dan menjadi ahli korporat. Ramai yang tinggal di bandar-bandar besar dan mampu memiliki kereta mewah dan hidup setaraf dengan kaum-kaum lain yang lebih maju terutamanya kaum Cina. Selain itu itu juga, ramai orang Melayu yang mempunyai pendidikan yang tinggi, samada universiti di dalam mahupun di luar negara.
4. Sistem Politik.
Sistem politik Melayu adalah musyawarah, musyawarah dijalankan didalam masyarakat yang dipimpin oleh ketua atau pemangku adat setempat. Masyarakat disini bukan hanya tempat penyimpanan padi atau hasil bumi lainnya, namun juga berfungsi sebagai wadah untuk menyimpan segala aset masyarakat setempat baik yang merantau mahupun yang tinggal setempat . Situasi ini adalah untuk mengangkat darjat dan martabat hidup pribumi setempat. Musyawarah yang dijalankan biasanya membahaskan mengenai pengelolaan sistem tanah berdasarkan budaya dan adat setempat. Sehingga, sistem musyawarah yang dijalankan memiliki corak dan peranan yang berbeza antara satu daerah dengan daerah yang lainnya. Disini dapat dilihat bahawa masyarakat Melayu telah mengenal sistem politik yang berakar umbikan kepada budayanya. Maka, tidak hairanlah bahawa masyarakat Melayu mempunyai ikatan persaudaraan yang kuat, kerana musyawarah bermaksud adanya sikap tolong-menolong, setiakawan dan permufakatan. Musyawarah juga merupakan saranan dimana rakyat dapat membangunkan undang-undang atau peraturan-peraturan dasar dalam kehidupan, baik dari segi nilai mahupun dari segi norma yang bersumberkan kepada hukum adat setempat.
5. Struktur Masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum tahun 1874.
Sebelum tahun 1874, struktur masyarakat Melayu adalah bercorak feudal. Secara umumnya, masyarakat Melayu dapat dibahagikan kepada dua golongan, iaitu golongan memerintah dan golongan yang diperintah. Walaupun golongan memerintah merupakan kumpulan yang kecil tetapi mempunyai pengaruh dan kuasa yang luas dalam masyarakat Melayu tradisional. Golongan ini terdiri daripada sultan atau raja, kerabat diraja, pembesar dan ulama. Manakala, golongan yang diperintah merupakan golongan yang sangat ramai dalam kalangan masyarakat Melayu. Mereka terdiri daripada rakyat biasa yang merdeka dan golongan hamba. Setiap golongan dalam masyarakat Melayu mempunyai peranan masing-masing.
5.1. Lapisan yang paling atas dalam struktur masyarakat Melayu ialah Sultan atau raja. Sultan merupakan pemerintah bagi setiap negeri dan mempunyai kedudukan yang istimewa dalam masyarakat. Peranan sultan juga dapat dilihat dalam bidang ekonomi dan kehakiman. Sultan juga dikatakan mempunyai keistimewaan tertentu yang tidak ada pada rakyat biasa. Ini dapat dilihat dalam penggunaan bahasa istana, warna kuning dan alat-alat kebesaran raja yang hanya diperoleh oleh raja dan rakyat tidak ada hak untuk menggunakannya. Sultan juga dikatakan mempunyai kuasa daulat dan rakyat tidak boleh membantah kata-kata raja kerana ia akan dikatakan menderhaka terhadap sultan dan akan membawa bencana terkena tulah. Bagi mengesahkan kekuasaan seseorang raja, upacara pertabalan sultan akan dilaksanakan. Sultan yang mangkat akan digantikan dengan putera sulung atau adik lelaki sulung. Sultan juga menjadi lambang perpaduan dan keamanan negeri Melayu
5.2. Lapisan kedua dalam struktur masyarakat Melayu ialah kerabat diraja. Golongan ini mempunyai pertalian darah dengan sultan. Golongan ini biasanya menggunakan gelaran raja atau tengku. Kedudukan dan pengaruh golongan ini agak besar dalam masyarakat Melayu. Golongan ini juga mempuyai keistimewaan seperti raja bagaimanapun keistimewaan itu tidak boleh mengatasi sultan. Golongan ini juga sangat dihormati oleh rakyat jelata. Anak-anak raja akan diberikan peluang untuk menjawat jawatan penting dalam kerajaan, misalnya akan memerintah daerah atau mukim tertentu. Bilangan kerabat diraja sangat ramai kerana amalan berpoligami oleh sultan. Walau bagaimanapun, anak daripada permaisuri pertama akan mendapat tempat yang istimewa, terutama dalam pelantikan sebagai puteramahkota atau raja muda.
5.3. Golongan pembesar mempunyai kedudukan yang ketiga dalam struktur masyarakat Melayu sebelum tahun 1874 di Tanah Melayu. Mereka ini juga dikenali sebagai keturunan baik-baik. Mereka terdiri daripada dua golongan iaitu kerabat diraja dan bukan kerabat diraja. Biasanya golongan bukan kerabat diraja mendapat jawatan pembesar kerana mempunyai kebolehan mentadbir dan berjasa kepada kerajaan. Tugas golongan pembesar ialah menjaga keamanan dan memungut cukai di kawasan atau daerah masing-masing. Pembesar juga mempunyai kuasa kehakiman seperti menjatuhkan hukuman terhadap pesalah. Pembesarlah orang yang bertanggungjawab untuk mengekalkan taat setia rakyat terhadap sultan dengan cara melaksanakan sistem kerah dan serah
5.4. Terdapat golongan pembesar yang bertugas di luar istana iaitu penghulu dan ulama. Tugas penghulu sebenarnya menjaga keamanan, membekalkan tenaga buruh, mengutip cukai dan memastikan rakyat sentiasa taat setia kepada raja. Manakala ulama merupakan golongan cerdik pandai dalam bidang agama Islam. Biasanya golongan ini akan memegang jawatan seperti kadi, mufti, imam, khatib dan guru agama. Golongan inilah yang memainkan peranan penting sebagai penasihat kepada sultan terutamanya berkaitan dengan agama Islam. Para ulama biasanya berketurunan Arab yang berasal dari Pulau Jawa, India dan Asia Barat. Biasanya mereka bergelar maulana, kadi dan makhdum.
5.5. Golongan yang seterusnya dalam struktur masyarakat Melayu ialah golongan merdeka.Mereka ini terdiri daripada rakyat biasa dan orang asing. Rakyat biasa merupakan penduduk pribumi yang menetap di negeri-negeri tertentu.Mereka biasanya menjalankan kehidupan dengan menjalankan aktiviti berniaga, menangkap ikan, melombong, tukang mahir dan sebagainya.Rakyat biasa merupakan pengikut yang taat setia kepada pembesar yang mentadbir daerah mereka. Mereka akan menjalankan apa sahaja kehendak golongan pembesar daerah misalnya dalam sistem kerah dan serah.
5.6. Golongan yang menduduki lapisan paling bawah dalam struktur masyarakat Melayu sebelum tahun 1874 ialah hamba. Dalam masyarakat Melayu terdapat tiga golongan hamba iaitu hamba biasa, hamba berhutang dan hamba raja. Golongan hamba biasa merupakan orang suruhan atau keturunan hamba. Biasanya mereka ini diperdagangkan dan menjadi hamba seumur hidup malahan seluruh keluarganya menjadi hamba kepada tuannya. Manakala hamba berhutang merupakan orang biasa yang menjadi hamba kerana gagal membayar hutang. Jika seseorang itu ditangkap kerana mencuri dan gagal membayar harga barangan yang dicuri, orang tersebut akan dijadikan hamba. Golongan ini akan bebas setelah nilai hutangnya dilangsaikan setelah bekerja dengan tuannya. Biasanya kerja yang mereka lakukan ialah bertani dan melombong. Selain itu, hamba raja merupakan golongan merdeka yang telah melakukan kesalahan jenayah dan diampunkan oleh sultan. Sesetengah hamba raja merupakan tawanan perang bagaimanapun kedudukan golongan hamba raja dianggap paling tinggi dikalangan golongan hamba. Hamba raja akan menjadi hamba secara turun temurun .
5.7. Kesimpulannya, struktur masyarakat Melayu sebelum tahun 1874 sememangnya sistematik; daripada golongan pemerintah sehinggalah kepada golongan yang diperintah. Setiap golongan dalam struktur masyarakat Melayu mempunyai tugas dan peranan masing-masing.Namun, setelah campur tangan British dalam sistem politik negeri-negeri Melayu, struktur masyarakat Melayu telah mengalami perubahan yang ketara. Hal ini kerana peranan golongan pembesar dan hamba telah mula dihapuskan oleh penjajah British.
6. KEBUDAYAAN MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL
6.1. Adat Resam dan Pantang Larang
Adat resam merupakan suatu perbuatan yang menjadi kebiasaan tetap dan dihormati oleh masyarakat. Perbuatan yang diikuti tadi akan menjadi adat dan amalan dalam kehidupan harian mereka. Adat resam masyarakat Melayu bertujuan untuk mengawal tingkah laku masyarakat untuk kesejahteraan dan keharmonian masyarakat. Adat dalam masyarakat Melayu ialah segala yang berkaitan dengan proses kehidupan manusia bermula ketika sesorang dilahirkan sehinggalah beliau menemui ajal. Adat resam terbahagi kepada dua iaitu adat golongan bangsawan dan adat rakyat biasa.
6.2. Adat Istiadat Raja
Terdapat pelbagai jenis adat istiadat raja pada zaman Melayu tradisional. Antara adat istiadat tersebut ialah adat mengadap dan menyembah Sultan di balairung, adat pertabalan dan pelbagai lagi jenis adat yang lain. Kepercayaan terhadap kemuliaan dan keagungan Sultan telah membawa kepada adat menyembah Sultan yang dikenali sebagai ‘adat menjunjung duli’. Adat ini dilakukan oleh pembesar negeri bagi menunjukkan kedaulatan Sultan dan taat setia mereka kepada pemerintah. Kebiasaannya, adat ini hanya dilakukan dalam balairung.
Selain itu, pertabalan sultan juga mempunyai adat yang tersendiri. Terdapat pelbagai protokol dalam perlantikan Sultan. Adat ini dimulakan dengan membersihkan kawasan istana dan seluruh kawasan negeri. Setelah itu, pertabalan Sultan ini akan dihebahkan ke segenap pelosok negeri agar rakyat mengetahui bahawa terdapat pertabalan Sultan yang akan berlangsung. Pertabalan Sultan akan berlangsung dengan penuh adat istiadat dan berakhir dengan majlis santapan. Seperkara yang perlu diingat ialah adat melaungkan ‘Daulat Tuanku’ sebanyak tiga kali berturut-turut terdapat dalam adat pertabalan Sultan.
6.3. Adat Resam Rakyat Biasa
Adat resam rakyat biasa amat penting bagi megawal tingkah laku rakyat demi keharmonian masyarakat pada zaman Melayu tradisional. Adat yang diamalkan oleh rakyat biasa lazimnya seperti adat perkahwinan dan adat menyambut kelahiran. Selain itu, terdapat juga adat lain seperti adat serumah tangga. Adat serumah tangga ialah adat yang berkaitan dengan cara kelakuan dalam rumah dan bersama keluarga. Selain itu, adat menziarahi tetamu juga diamalkan dalam masyarakat Melayu tradisional. Adat ini dimulakan dengan memberi salam kepada tuan rumah, membuka kasut dan membasuh kami sebelum bersalaman dengan tuan rumah. Tetamu yang datang pula perlu diberi hidangan.
Dalam adat perkahwinan pula terbahagi kepada beberapa peringkat. Peringkat yang pertama ialah merisik anak gadis sebelum majlis meminang dengan pihak lelaki memberikan sebentuk cincin kepada perempuan sebagai tanda pertunangan. Selepas itu, barulah tarikh pernikahan akan ditetapkan. Kemuncak perkahwinan adalah adat bersanding dan setelah itu pihak perempuan akan dibawa ke rumah lelaki untuk beberapa hari. Akhir sekali adalah adat kelahiran yang juga mempunyai beberapa peringkat. Semasa tujuh bulan mengandung, adat melenggang perut akan diadakan dan apabila sudah lahir upacara bercukur rambut dan berendoi akan diadakan menandakan anak tersebut diterima oleh masyarakat.
Pantang Larang dalam Masyarakat Melayu
Pantang larang orang Melayu tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaita dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.
Pantang larang
|
Sebab pantang larang wujud
|
Jangan memukul, mendera atau
mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.
|
Bagi mengelakkan penganiayaan kepada
haiwan.
|
Agar menjaga pertuturan agar tidak
melukakan hati orang lain.
|
|
(a) Untuk menjaga kesihatan mata
supaya tidak menjadi kabur dan rosak
(b) mengelakkan jarum daripada tercucuk tangan |
|
ini untuk mengelakkan berlakunya
pembaziran
|
|
Ibu hamil tidak boleh melintas bawah
ampaian, nanti anak gagap.
|
untuk mengelak masakan hangus kerana
leka menyanyi.
|
Jangan duduk di atas bantal kerana
dipercayai boleh naik bisul
|
Supaya menjaga bantal daripada dipecah
atau dikoyak, dan tidak sopan kalau perkakas yang digunakan untuk melapik
kepala diletakkan di bawah punggung
|
Jangan bergendang dalam rumah, nanti
harta habis dicuri oleh orang
|
Larangan ini untuk mengelakkan bising
di rumah, tambahan lagi bergendang (dengan mengetuk lantai rumah yang dibuat
dari papan) boleh merosakkan barang-barang yang bergantung di dinding yang
boleh jatuh dan pecah.
|
Jangan menjahit pada waktu senja,
nanti mata engkau akan buta
|
Dikhuatiri nanti jari akan tercucuk
jarum dan mata juga boleh rosak.
|
Kalau makan nasi kena habiskan...
kalau tidak nasi akan menangis
|
Untuk mengelakkan pembaziran makanan
|
Anak dara jangan menyanyi di dapur,
nanti kahwin dengan orang tua.
|
Dikhuatiri nanti makanan jadi hangus
atau hangit kerana leka dengan menyanyi.
|
7. PENDIDIKAN
Pendidikan merupakan aspek yang penting dalam masyarakat Melayu tradisional. Pendidikan pada umumnya bercorak pendidikan tidak rasmi dan pendidikan rasmi . pendidikan tidak rasmi termasuklah mengaji Al-Quran, pertukangan, kepahlawanan dan yang berkaitan dengan adat resam Melayu. Corak ini bermula di rumah. Nilai-nilai murni dan budaya selalunya disampaikan melalui cerita lisan, pantun, peribahasa dan gurindam. Apabila Tanah Melayu menerima pengaruh daripada agama Islam, maka terdapat banyak surau dan masjid telah dibina untuk mengajar ilmu agama dan membaca Al-Quran. Dengan itu, bermulalah pendidikan formal. Asas rujukan utama pendidikan zaman dahulu ialah Muqaddam dan Al-Quran. Setelah selesai mengaji Muqaddam dan Al-Quran, majlis khatam Al-Quran akan dilakukan. Selain itu, pelajar juga mempelajari ilmu fardhu ain serta pendidikan akhlak yang berlandaskan ajaran Islam di samping ilmu mengira, menulis tulisan jawi, tajwid, rukun Islam dan rukun Iman.
8. AGAMA DAN KEPERCAYAAN
Pada awalnya, masyarakat Melayu menganut kefahaman animisme. Kepercayaan ini telah dianut oleh masyarakat Melayu sejak sebelum kedatangan agama Hindu lagi. Animisme merupakan suatu kepercayaan masyarakat Melayu terhadap makhluk-makhluk halus dan kuasa-kuasa ghaib. Seterusnya, pada abad ke-4 masihi, pengaruh Hindu-Buddha telah mula bertapak di Tanah Melayu. Maka, bermula abad ke-4, masyarakat Melayu tradisional mula menganut agama ini. Terdapat dua tempat yang menjadi tapak tersebarnya agama ini di Tanah Melayu iaitu kawasan Kedah Tua dan Langkasuka. Kedatangan agama ini membawa pengaruh dalam kebudayaan masyarakat ketika itu seperti adat bersanding dalam perkahwinan masyarakat Melayu. Akhir sekali ialah agama Islam yang mula bertapak di Tanah Melayu pada abad ke-7. Agama Islam ini datang ke Tanah melayu melalui pedagang daripada China, India dan Tanah Arab. Kedatangan agama ini telah membawa kepada bermulanya sistem pendidikan secara formal dan peraturan yang menjadi garis panduan masyrakat Melayu. Seperkara yang pasti, agama Islam membawa kepada perubahan dalam sistem sosial masyarakat Melayu seperti pentadbiran, pendidikan dan adat budaya.
9. KEGIATAN EKONOMI
Kegiatan ekonomi yang dijalankan pada zaman Melayu tradisional terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi komersil. Ekonomi sara diri adalah berbentuk pertanian. Pertanian ini dijalankan untuk memenuhi keperluan hidup semata-mata dan bukannya untuk tujuan jualan atau perniagaan. Antara tanaman yang paling popular ketika itu ialah penanaman padi. Dalam sistem ekonomi sara diri ini, pekerja atau buruh yang menjalankan aktiviti pertanian terdiri daripada golongan keluarga sahaja. Selain daripada pertanian, pencarian hasil hutan, penternakan, perikanan, perlombongan dan kerja-kerja kemahiran juga terdapat dalam kegiatan sosio-ekonomi masyarakat Melayu tradisional.
Seterusnya, kegiatan komersil adalah kegiatan ekonomi yang bukan sahaja untuk keperluan diri sendiri tetapi juga melibatkan aktiviti perniagaan dan perdagangan. Hasil daripada pertanian yang mempunyai lebihan akan diniagakan. Begitu juga dengan kutipan hasil hutan dan perikanan. Lebih menarik lagi apabila kegiatan ekonomi komersil yang berbentuk perdagangan ini merupakan sumber kewangan utama kerajaan dan masyarakat Melayu tradisional.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, sistem sosial masyarakat Melayu tradisional merupakan sistem sosial yang kukuh dan teratur. Sistem ini diamalkan zaman berzaman dan masih mempunyai pengaruh sehingga hari ini. Sistem sosial pada zaman tradisional mempengaruhi sistem pemerintahan kita pada hari ini. Contohnya, sistem pemerintahan Malaysia yang bersifat Raja Berpelembagaan yang mempunyai kaitan dengan konsep Daulat dan Derhaka pada zaman tradisional dahulu, Islam sebagai agama rasmi, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan unsur-unsur tradisional masih diamalkan sehingga hari ini.
Namun begitu, sejarah telah membuktikan bahawa terdapat pelbagai pengaruh asing yang mempengaruhi sistem sosial dalam masyarakat Melayu tradisional. Antaranya ialah pengaruh agama Hindu-Buddha dan agama Islam. Elemen-elemen seperti ini telah menyerap masuk dalam budaya masyarakat Melayu tradisional dan terus kekal dalam kehidupan sosial masyarakat Melayu sehingga hari ini.
IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA DI DALAM SEBUAH BILIK DARJAH.
Perbezaan dan kepelbagaian sosio-budaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah Negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina, dan India yang menjadi majoriti terbesar serta kaum pribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli dan kaum – kaum lain menjadi kaum minoriti. Setiap etnik membawa sosio-budaya yang berbeza yang diwarisi dari nenek - moyang yang terdahulu.
Sebelum membincangkan lebih lanjut berkaitan kepelbagaian sosio-budaya, terlebih dahulu dihuraikan maksud budaya itu sendiri. Apakah yang dimaksudkan dengan sosio-budaya? Menurut ensiklopedia bebas (http://ms.wikipedia.org) budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal – hal berkaitan budi dan akal manusia. Manakala daya ialah perkataan Melayu Polynesia bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Apabila ke dua – dua perkataan ini dicantumkan (budaya) membawa maksud tenaga, fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa. Menurut Kamus Dewan (Edisi ke 3,1996,m/s:180) menyatakan budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi (cara berfikir dan berkelakuan).
Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio budaya individu itu bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah ia juga merangkumi skop yang lebih besar. Menurut Papalia (2001) individu manusia itu berbeza dari segi jantina, saiz badan, kesihatan, tahap tenaga, personaliti dan emosi. Manakala Slavin (1997) pula mengaitkan perbezaan individu dengan konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa, jantina , bakat dan minat.
PERANAN GURU
Kepelbagaian sosio-budaya di antara murid memberi implikasi secara langsung terhadap guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Implikasi kepada guru
‘…kita mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan minda dan jiwa rakyat untuk membawa kita kearah wawasan yang ingin kita capai”
Dato’ Sri Abdullah Ahmad Badawi PIPP (2006-2010) m.s 38
Pelajar pada masa kini, mempunyai potensi yang tinggi untuk dikembangkan supaya menjadi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara. (Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1988)
Guru perlu berkemahiran menangani masalah kepelbagaian sosio-budaya murid – murid agar masalah guru ‘syok sendiri’ dalam mengajar tidak berlaku.
Sewajibnya guru perlu berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi aspek perancangan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang dapat menjamin kemajuan pelajar secara optimum. Sebagai seorang guru perkara – perkara pokok seperti perancangan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, spesifik dan relevan dengan objektif pembelajaran, persekitaran bilik darjah, masa yang diperuntukkan dan profil pelajar mengikut tahap kecerdasan.
Dalam erti kata lain, elemen yang perlu dikuasai oleh setiap guru untuk menjadikan pengajarannya berkesan meliputi kesesuaian bahan pengajaran, sumber pembelajaran, penglibatan aktif murid, penilaian prestasi, pengukuran dan penambahbaikan. Selain itu guru perlu mahir dalam menguruskan bilik darjah dan mengintegrasikan TMK.
Murid adalah pelanggan manakala guru merupakan individu yang menawarkan perkhidmatan. Oleh itu perkhidmatan yang diberi haruslah mengikut standard yang telah ditetapkan oleh majikan iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia.
“orang ramai semakin kerap mempersoalkan kualiti pendidikan di sekolah, seolah – olah tidak lagi menaruh keyakinan kepada kewibawaan sekolah dalam hal ehwal mendidik, terutama apabila mendapati kelakuan murid lepasan sekolah tidak seperti yang diharapkan oleh masyarakat dan Negara. Kecemerlangan pada sijil peperiksaan mereka secara realitinya tidak memperlihatkan kematangan berfikir, kepetahan berkomunikasi, ketokohan sebagai pemimpin, kemurnian tingkah laku, keupayaan mencipta dan menyumbang kepada kemajuan negara, bangsa dan agama.
(Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan, Jemaah Nazir Sekolah (2001):hlm 24)
Bertitik tolak dari pernyataan di atas, pengajaran dan pembelajaran yang berkesan boleh ditakrifkan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkualiti iaitu proses yang dapat mengembangkan potensi insan dari segi psikomotor, kognitif dan afektif ke tahap yang optimum.
Merujuk kepada Dasar Pernyataan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan Malaysia, (2001), proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut beberapa prinsip yang digariskan. Antaranya ialah:
a) Pendekatan, kaedah dan teknik yang dipelbagaikan dengan melibatkan murid secara aktif.
b) Berpandukan bahan – bahan sokongan yang relevan dengan tahap pencapaian semasa, potensi dan kemajuan murid.
c) Penilaian dan penambahbaikan P&P secara berterusan.
Berdasarkan apa yang dinyatakan di atas, seseorang guru haruslah peka dengan kepelbagaian sosio-budaya murid – muridnya. Pendekatan yang bijak harus digunakan dengan tidak membezakan kelas sosial murid. Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira samada mereka dari kelas atasan atau bawahan.
Perbezaan tahap kecerdasan murid juga harus dititik beratkan oleh seseorang guru dalam menyampaikan pelajaran. Guru harus mempelbagaikan kaedah pengajaran bersesuaian dengan tahap murid. Perkara ini perlu untuk mengelakkan murid – murid merasa bosan dan seterusnya akan mengakibatkan masalah disiplin yang sukar dikawal.
Guru juga harus bijak mencetuskan situasi pembelajaran yang mesra rakan. Aktiviti yang melibatkan interaksi di kalangan murid haruslah sentiasa dijalankan agar murid dapat menjalinkan hubungan yang lebih mesra sesama mereka tanpa mengira latar belakang sosial dan kecerdasan individu. Contoh aktiviti perkhemahan, Malam Mesra Budaya, Hari Jualan dan lain-lain lagi. Aktiviti di dalam bilik darjah pula adalah seperti main peranan yang melibatkan semua murid , permainan boneka, membuat projek dan banyak lagi aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru yang melibatkan semua murid tidak kira kaum, agama ataupun kedudukan.
Sebagai seorang yang menawarkan perkhidmatan, pelanggan iaitu murid haruslah sentiasa dihormati dan bersikap adil kepada mereka. Hukuman berbentuk deraan dan memalukan seharusnya tidak dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan guru dengan murid akan renggang dan menghilangkan minat untuk mereka meneruskan pembelajaran.
Murid yang lambat menerima pembelajaran tidak diabaikan. Pelbagai kaedah dan strategi boleh dirancang dan dilaksanakan dalam mengatasi masalah murid – murid sedemikian.
Penggunaan bahasa standard iaitu bahasa rasmi kebangsaan iaitu bahasa Melayu hendaklah digunakan tanpa pengaruh bahasa dialek atau bahasa ibunda. Ini akan memberi peluang sama rata kepasa semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran.
Aktiviti pembelajaran yang dirancang oleh guru seharusnya boleh memberi peluang kepada semua murid tanpa mengira etnik dan jantina. Isu yang mempunyai unsur biasa kepada mana – mana jantina mesti dielakkan untuk memberi peluang sama rata pada setiap murid meneroka aktiviti pembelajaran. Bagi murid yang kecelaruan jantina, menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk persepsi yang positif di kalangan murid supaya mereka tidak terus hidup dengan kecelaruan tersebut.
Isu sensitif berkaitan dengan agama dan kaum hendaklah dielakkan sama sekali. Setiap kepercayaan dan nilai haruslah diterima seadanya oleh setiap guru. Aktiviti pembelajaran yang dirancang hendaklah menjurus kepada penglibatan semua murid tanpa mengira kaum, adat budaya dan pegangan agama mereka.
Catatan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran hendaklah dicatatkan sebagai refleksi atau impak di akhir sesi pembelajaran. Ini akan memudahkan guru untuk merancang strategi dan kaedah yang sesuai untuk mengatasi kelemahan.
Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang cemerlang yang mana fokus utama ialah mengetahui dan memahami bidang kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka panjang dan jangka pendek, kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapaiannya, boleh dicapai, realistik dan bijak dalam pengurusan masa.
Guru merupakan ejen perubahan dan sumber inspirasi kepada murid. Anjakan paradigma haruslah dilakukan oleh setiap guru dan tidak berada di zon selesa sentiasa. Guru haruslah pro-aktif dalam mengatasi kelebihan dan kelemahan muridnya. Penyampaian pengajaran guru haruslah kreatif dan efektif, menarik dan menyeronokkan.
Secara ringkasnya dapat disimpulkan pengajaran berkesan oleh guru bukan sahaja meliputi aspek kurikulum yang diajar di dalam bilik darjah, malahan meliputi skop yang lebih luas seperti gaya kepimpinan, budaya ilmu dan berfikir, pengurusan bilik darjah, motivasi dan dorongan serta kepimpinan kurikulum di tempat kerja.
IMPLIKASI KEPADA MURID DAN SEKOLAH
Murid adalah pelanggan bagi setiap guru di dalam bilik darjah. Mereka akan bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Sebagai seorang pelanggan, kita haruslah melayan mereka dengan adil dan saksama. Ini termaktub di dalam perlembagaan persekutuan; Perkara 12. Hak berkenaan dengan pendidikan.
Berlandaskan Perlembagaan Malaysia, seharusnya guru mengurus tingkahlaku murid berdasarkan matlamat untuk menghapus atau merapatkan jurang kepelbagaian sosio-budaya di kalangan murid agar prinsip keadilan kesaksamaan dapat dipraktikkan.
Antara perkara yang boleh dijadikan panduan dalam mengurus tingkahlaku murid ialah menyenaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentang peraturan yang wajib mereka patuhi sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran. Murid harus bersosial dalam melakukan aktiviti pembelajaran. Murid harus berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan perlu membuang sikap prajudis terhadap bangsa lain.
Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus dipertikan dan aktiviti yang dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakat dan seterusnya berupaya membentuk masyarakat yang toleran kearah memacu pembangunan Negara.
Dalam berkomunikasi, penggunaan bahasa standard iaitu Bahasa Melayu harus diamalkan oleh murid. Unsur – unsur dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan, penggunaan laras bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti yang bercorak kearah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasa murid sentiasa bertambah. Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya.
Murid juga digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang berlainan jantina. Mereka juga perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi yang berlainan jantina.
Dalam pengurusan bilik darjah, setiap murid haruslah diberikan peranan dan tanggungjawab tertentu untuk menanam semangat kerjasama dan cintakan kelas mereka. Ahli Jawatan Kuasa keceriaan kelas perlu diwujudkan disamping jawatan ketua kelas dan penolong ketua kelas. Dengan ini setiap murid dapat merasakan diri mereka tidak dipinggirkan di dalam kelas mereka.
Guru sebagai ‘role model’ kepada murid – murid. Murid biasanya akan terpengaruh kepada tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai seorang profesional. Oleh itu guru mesti membentuk program – program yang bertujuan membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas bagi mengurangkan segala tingkahlaku negatif.
Budaya belajar yang ceria, menyeronokkan, menyentuh emosi, disamping meningkatkan kecergasan mental, kreatif dan inovatif dan bermatlamat boleh menarik minat murid.
Pengurusan yang cekap dalam merancang dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran akan membantu mengurangkan ketidakseimbangan di dalam penyampaian pelajaran kepada setiap murid. Seharusnya seseorang guru mengenali dan memahami sosio-budaya setiap muridnya agar sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan mesra murid.
Cadangan kaedah P&P dalam menangani kepelbagaan sosio-budaya murid
Kepelbagaian sosio-budaya murid memberi kesan secara langsung terhadap kaedah yang harus digunapakai oleh guru dalam sesi P&P agar setiap murid mendapat peluang sama rata dalam penerimaan pembelajaran.
IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA TERHADAP SEKOLAH
Pada masa ini terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara. Pada peringkat rendah terdapat SK, SJKC, SJKT.
Pada peringkat menengah pula terdapat SMK Harian, Sekolah Model Khas, Sekolah BerasramaPenuh, Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama.
Dalam kalangan sekolah ini pula terdapat sekolah yang dikategorikan sebagai Sekolah Premier.
KPM turut mengadakan sekolah khas untuk pendidikan khas pada peringkat rendah dan menengah.
Selain itu, terdapat juga sekolah seperti Maktab Rendah Sains Mara, sekolah swasta dan sekolah antarabangsa.
SEKOLAH PREMIER
Merupakan sekolah yang mempunyai tradisi yang panjang seperti sekolah yang berusia 100 tahun atau lebih dan sekolah di dalam persekitaran yang strategik dan mempunyai infrastruktur yang baik seperti Sekolah Bestari dan Sekolah Model Khas.
SEKOLAH 100 TAHUN
Sekolah 100 tahun ialah sekolah yang dibina sebelum tahun 1905.
Sekolah ini mempunyai ciri-ciri tinggalan sejarah dan sebahagiannya ialah sekolah premier.
Diantara sekolah-sekolah yang tersenarai adalah Penang Free School(Pulau Pinang), Sekolah Tinggi Melaka (Melaka), Sekolah MenengahLelaki Methodist (Kuala Lumpur), Kolej Melayu Kuala Kangsar(Perak) dan Sekolah Padang Lebar Kikir (N. Sembilan).
SEKOLAH BESTARI
Merupakan sekolah-sekolah yang terletak di Koridor Raya Multimedia terutama di Putrajaya dan Cyberjaya.
Sekolah ini mempunyai reka bentuk yang menarik,infrastruktur yang lengkap dan terletak dalam kawasan strategik berhampiran dengan Kompleks Kerajaan Persekutuan.
SEKOLAH MODEL KHAS
Contohnya SMK Meru
Model Khas menggabungkan murid sekolah rendah pada peringkat Tahap II dan murid sekolah menengah dibawah satu bumbung.
Ia merupakan konsep baru dan menyediakan kemudahan fizikal yang kondusif bagi murid yang berpontensi di kawasan luar Bandar seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis (Pahang), dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jenun (Kedah).
SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS
Sekolah Pendidikan Khas menyediakan Pendidikan Khas kepada murid bermasalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran, autisme, sindrom-down, keupayaan kognitif rendah, ADHD dan disleksia.
Matlamatnya adalah supaya mereka menjadi insan yang berdikari dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara.
KESIMPULAN
Kepelbagaian sosio budaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti sekolah jenis Cina dan Tamil.
Sekolah Wawasan juga ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dikalangan murid di sekolah.
Apabila anak orang Melayu, Cina, India dan kaum lain dapat berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan, sudah tentu akan lahir satu generasi Malaysia yang bersifat pelbagai budaya.
7
Pendidikan merupakan aspek yang penting dalam masyarakat Melayu tradisional. Pendidikan pada umumnya bercorak pendidikan tidak rasmi dan pendidikan rasmi . pendidikan tidak rasmi termasuklah mengaji Al-Quran, pertukangan, kepahlawanan dan yang berkaitan dengan adat resam Melayu. Corak ini bermula di rumah. Nilai-nilai murni dan budaya selalunya disampaikan melalui cerita lisan, pantun, peribahasa dan gurindam. Apabila Tanah Melayu menerima pengaruh daripada agama Islam, maka terdapat banyak surau dan masjid telah dibina untuk mengajar ilmu agama dan membaca Al-Quran. Dengan itu, bermulalah pendidikan formal. Asas rujukan utama pendidikan zaman dahulu ialah Muqaddam dan Al-Quran. Setelah selesai mengaji Muqaddam dan Al-Quran, majlis khatam Al-Quran akan dilakukan. Selain itu, pelajar juga mempelajari ilmu fardhu ain serta pendidikan akhlak yang berlandaskan ajaran Islam di samping ilmu mengira, menulis tulisan jawi, tajwid, rukun Islam dan rukun Iman.
8. AGAMA DAN KEPERCAYAAN
Pada awalnya, masyarakat Melayu menganut kefahaman animisme. Kepercayaan ini telah dianut oleh masyarakat Melayu sejak sebelum kedatangan agama Hindu lagi. Animisme merupakan suatu kepercayaan masyarakat Melayu terhadap makhluk-makhluk halus dan kuasa-kuasa ghaib. Seterusnya, pada abad ke-4 masihi, pengaruh Hindu-Buddha telah mula bertapak di Tanah Melayu. Maka, bermula abad ke-4, masyarakat Melayu tradisional mula menganut agama ini. Terdapat dua tempat yang menjadi tapak tersebarnya agama ini di Tanah Melayu iaitu kawasan Kedah Tua dan Langkasuka. Kedatangan agama ini membawa pengaruh dalam kebudayaan masyarakat ketika itu seperti adat bersanding dalam perkahwinan masyarakat Melayu. Akhir sekali ialah agama Islam yang mula bertapak di Tanah Melayu pada abad ke-7. Agama Islam ini datang ke Tanah melayu melalui pedagang daripada China, India dan Tanah Arab. Kedatangan agama ini telah membawa kepada bermulanya sistem pendidikan secara formal dan peraturan yang menjadi garis panduan masyrakat Melayu. Seperkara yang pasti, agama Islam membawa kepada perubahan dalam sistem sosial masyarakat Melayu seperti pentadbiran, pendidikan dan adat budaya.
9. KEGIATAN EKONOMI
Kegiatan ekonomi yang dijalankan pada zaman Melayu tradisional terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi komersil. Ekonomi sara diri adalah berbentuk pertanian. Pertanian ini dijalankan untuk memenuhi keperluan hidup semata-mata dan bukannya untuk tujuan jualan atau perniagaan. Antara tanaman yang paling popular ketika itu ialah penanaman padi. Dalam sistem ekonomi sara diri ini, pekerja atau buruh yang menjalankan aktiviti pertanian terdiri daripada golongan keluarga sahaja. Selain daripada pertanian, pencarian hasil hutan, penternakan, perikanan, perlombongan dan kerja-kerja kemahiran juga terdapat dalam kegiatan sosio-ekonomi masyarakat Melayu tradisional.
Seterusnya, kegiatan komersil adalah kegiatan ekonomi yang bukan sahaja untuk keperluan diri sendiri tetapi juga melibatkan aktiviti perniagaan dan perdagangan. Hasil daripada pertanian yang mempunyai lebihan akan diniagakan. Begitu juga dengan kutipan hasil hutan dan perikanan. Lebih menarik lagi apabila kegiatan ekonomi komersil yang berbentuk perdagangan ini merupakan sumber kewangan utama kerajaan dan masyarakat Melayu tradisional.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, sistem sosial masyarakat Melayu tradisional merupakan sistem sosial yang kukuh dan teratur. Sistem ini diamalkan zaman berzaman dan masih mempunyai pengaruh sehingga hari ini. Sistem sosial pada zaman tradisional mempengaruhi sistem pemerintahan kita pada hari ini. Contohnya, sistem pemerintahan Malaysia yang bersifat Raja Berpelembagaan yang mempunyai kaitan dengan konsep Daulat dan Derhaka pada zaman tradisional dahulu, Islam sebagai agama rasmi, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan unsur-unsur tradisional masih diamalkan sehingga hari ini.
Namun begitu, sejarah telah membuktikan bahawa terdapat pelbagai pengaruh asing yang mempengaruhi sistem sosial dalam masyarakat Melayu tradisional. Antaranya ialah pengaruh agama Hindu-Buddha dan agama Islam. Elemen-elemen seperti ini telah menyerap masuk dalam budaya masyarakat Melayu tradisional dan terus kekal dalam kehidupan sosial masyarakat Melayu sehingga hari ini.
IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA DI DALAM SEBUAH BILIK DARJAH.
Perbezaan dan kepelbagaian sosio-budaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah Negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina, dan India yang menjadi majoriti terbesar serta kaum pribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli dan kaum – kaum lain menjadi kaum minoriti. Setiap etnik membawa sosio-budaya yang berbeza yang diwarisi dari nenek - moyang yang terdahulu.
Sebelum membincangkan lebih lanjut berkaitan kepelbagaian sosio-budaya, terlebih dahulu dihuraikan maksud budaya itu sendiri. Apakah yang dimaksudkan dengan sosio-budaya? Menurut ensiklopedia bebas (http://ms.wikipedia.org) budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal – hal berkaitan budi dan akal manusia. Manakala daya ialah perkataan Melayu Polynesia bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Apabila ke dua – dua perkataan ini dicantumkan (budaya) membawa maksud tenaga, fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa. Menurut Kamus Dewan (Edisi ke 3,1996,m/s:180) menyatakan budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi (cara berfikir dan berkelakuan).
Dr. Mohd. Arshad Hj. Taib ( bekas professor Madya UiTM) telah menyatakan dalam laman web (http://dppwp.wordpress.com) usrah pembangunan -sistem-sosio-budaya-islam-dalam-kontek-masyarakat-malaysia) maksud sosio-budaya ialah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat, lahir dari pegangan dan kecenderongan diri masyakarat berkenaan dalam berbagai bidang hidup, untuk memberi kepuasan dan merangsang pembangunan hidup masyarakat tersebut.
Sementara itu menurut Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur – struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri – ciri khas sesebuah masyarakat. Pengertian sebegini dipersetujui oleh Edward B. Taylor. Beliau memandang budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang – undang, adat resam dan lain – lain kebolehan serta kebiasaan yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat.Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio budaya individu itu bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah ia juga merangkumi skop yang lebih besar. Menurut Papalia (2001) individu manusia itu berbeza dari segi jantina, saiz badan, kesihatan, tahap tenaga, personaliti dan emosi. Manakala Slavin (1997) pula mengaitkan perbezaan individu dengan konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa, jantina , bakat dan minat.
PERANAN GURU
Kepelbagaian sosio-budaya di antara murid memberi implikasi secara langsung terhadap guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Implikasi kepada guru
‘…kita mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan minda dan jiwa rakyat untuk membawa kita kearah wawasan yang ingin kita capai”
Dato’ Sri Abdullah Ahmad Badawi PIPP (2006-2010) m.s 38
Pelajar pada masa kini, mempunyai potensi yang tinggi untuk dikembangkan supaya menjadi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara. (Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1988)
Guru perlu berkemahiran menangani masalah kepelbagaian sosio-budaya murid – murid agar masalah guru ‘syok sendiri’ dalam mengajar tidak berlaku.
Sewajibnya guru perlu berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi aspek perancangan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang dapat menjamin kemajuan pelajar secara optimum. Sebagai seorang guru perkara – perkara pokok seperti perancangan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, spesifik dan relevan dengan objektif pembelajaran, persekitaran bilik darjah, masa yang diperuntukkan dan profil pelajar mengikut tahap kecerdasan.
Dalam erti kata lain, elemen yang perlu dikuasai oleh setiap guru untuk menjadikan pengajarannya berkesan meliputi kesesuaian bahan pengajaran, sumber pembelajaran, penglibatan aktif murid, penilaian prestasi, pengukuran dan penambahbaikan. Selain itu guru perlu mahir dalam menguruskan bilik darjah dan mengintegrasikan TMK.
Murid adalah pelanggan manakala guru merupakan individu yang menawarkan perkhidmatan. Oleh itu perkhidmatan yang diberi haruslah mengikut standard yang telah ditetapkan oleh majikan iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia.
“orang ramai semakin kerap mempersoalkan kualiti pendidikan di sekolah, seolah – olah tidak lagi menaruh keyakinan kepada kewibawaan sekolah dalam hal ehwal mendidik, terutama apabila mendapati kelakuan murid lepasan sekolah tidak seperti yang diharapkan oleh masyarakat dan Negara. Kecemerlangan pada sijil peperiksaan mereka secara realitinya tidak memperlihatkan kematangan berfikir, kepetahan berkomunikasi, ketokohan sebagai pemimpin, kemurnian tingkah laku, keupayaan mencipta dan menyumbang kepada kemajuan negara, bangsa dan agama.
(Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan, Jemaah Nazir Sekolah (2001):hlm 24)
Bertitik tolak dari pernyataan di atas, pengajaran dan pembelajaran yang berkesan boleh ditakrifkan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkualiti iaitu proses yang dapat mengembangkan potensi insan dari segi psikomotor, kognitif dan afektif ke tahap yang optimum.
Merujuk kepada Dasar Pernyataan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan Malaysia, (2001), proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut beberapa prinsip yang digariskan. Antaranya ialah:
a) Pendekatan, kaedah dan teknik yang dipelbagaikan dengan melibatkan murid secara aktif.
b) Berpandukan bahan – bahan sokongan yang relevan dengan tahap pencapaian semasa, potensi dan kemajuan murid.
c) Penilaian dan penambahbaikan P&P secara berterusan.
Berdasarkan apa yang dinyatakan di atas, seseorang guru haruslah peka dengan kepelbagaian sosio-budaya murid – muridnya. Pendekatan yang bijak harus digunakan dengan tidak membezakan kelas sosial murid. Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira samada mereka dari kelas atasan atau bawahan.
Perbezaan tahap kecerdasan murid juga harus dititik beratkan oleh seseorang guru dalam menyampaikan pelajaran. Guru harus mempelbagaikan kaedah pengajaran bersesuaian dengan tahap murid. Perkara ini perlu untuk mengelakkan murid – murid merasa bosan dan seterusnya akan mengakibatkan masalah disiplin yang sukar dikawal.
Guru juga harus bijak mencetuskan situasi pembelajaran yang mesra rakan. Aktiviti yang melibatkan interaksi di kalangan murid haruslah sentiasa dijalankan agar murid dapat menjalinkan hubungan yang lebih mesra sesama mereka tanpa mengira latar belakang sosial dan kecerdasan individu. Contoh aktiviti perkhemahan, Malam Mesra Budaya, Hari Jualan dan lain-lain lagi. Aktiviti di dalam bilik darjah pula adalah seperti main peranan yang melibatkan semua murid , permainan boneka, membuat projek dan banyak lagi aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru yang melibatkan semua murid tidak kira kaum, agama ataupun kedudukan.
Sebagai seorang yang menawarkan perkhidmatan, pelanggan iaitu murid haruslah sentiasa dihormati dan bersikap adil kepada mereka. Hukuman berbentuk deraan dan memalukan seharusnya tidak dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan guru dengan murid akan renggang dan menghilangkan minat untuk mereka meneruskan pembelajaran.
Murid yang lambat menerima pembelajaran tidak diabaikan. Pelbagai kaedah dan strategi boleh dirancang dan dilaksanakan dalam mengatasi masalah murid – murid sedemikian.
Penggunaan bahasa standard iaitu bahasa rasmi kebangsaan iaitu bahasa Melayu hendaklah digunakan tanpa pengaruh bahasa dialek atau bahasa ibunda. Ini akan memberi peluang sama rata kepasa semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran.
Aktiviti pembelajaran yang dirancang oleh guru seharusnya boleh memberi peluang kepada semua murid tanpa mengira etnik dan jantina. Isu yang mempunyai unsur biasa kepada mana – mana jantina mesti dielakkan untuk memberi peluang sama rata pada setiap murid meneroka aktiviti pembelajaran. Bagi murid yang kecelaruan jantina, menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk persepsi yang positif di kalangan murid supaya mereka tidak terus hidup dengan kecelaruan tersebut.
Isu sensitif berkaitan dengan agama dan kaum hendaklah dielakkan sama sekali. Setiap kepercayaan dan nilai haruslah diterima seadanya oleh setiap guru. Aktiviti pembelajaran yang dirancang hendaklah menjurus kepada penglibatan semua murid tanpa mengira kaum, adat budaya dan pegangan agama mereka.
Catatan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran hendaklah dicatatkan sebagai refleksi atau impak di akhir sesi pembelajaran. Ini akan memudahkan guru untuk merancang strategi dan kaedah yang sesuai untuk mengatasi kelemahan.
Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang cemerlang yang mana fokus utama ialah mengetahui dan memahami bidang kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka panjang dan jangka pendek, kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapaiannya, boleh dicapai, realistik dan bijak dalam pengurusan masa.
Guru merupakan ejen perubahan dan sumber inspirasi kepada murid. Anjakan paradigma haruslah dilakukan oleh setiap guru dan tidak berada di zon selesa sentiasa. Guru haruslah pro-aktif dalam mengatasi kelebihan dan kelemahan muridnya. Penyampaian pengajaran guru haruslah kreatif dan efektif, menarik dan menyeronokkan.
Secara ringkasnya dapat disimpulkan pengajaran berkesan oleh guru bukan sahaja meliputi aspek kurikulum yang diajar di dalam bilik darjah, malahan meliputi skop yang lebih luas seperti gaya kepimpinan, budaya ilmu dan berfikir, pengurusan bilik darjah, motivasi dan dorongan serta kepimpinan kurikulum di tempat kerja.
IMPLIKASI KEPADA MURID DAN SEKOLAH
Murid adalah pelanggan bagi setiap guru di dalam bilik darjah. Mereka akan bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Sebagai seorang pelanggan, kita haruslah melayan mereka dengan adil dan saksama. Ini termaktub di dalam perlembagaan persekutuan; Perkara 12. Hak berkenaan dengan pendidikan.
Berlandaskan Perlembagaan Malaysia, seharusnya guru mengurus tingkahlaku murid berdasarkan matlamat untuk menghapus atau merapatkan jurang kepelbagaian sosio-budaya di kalangan murid agar prinsip keadilan kesaksamaan dapat dipraktikkan.
Antara perkara yang boleh dijadikan panduan dalam mengurus tingkahlaku murid ialah menyenaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentang peraturan yang wajib mereka patuhi sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran. Murid harus bersosial dalam melakukan aktiviti pembelajaran. Murid harus berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan perlu membuang sikap prajudis terhadap bangsa lain.
Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus dipertikan dan aktiviti yang dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakat dan seterusnya berupaya membentuk masyarakat yang toleran kearah memacu pembangunan Negara.
Dalam berkomunikasi, penggunaan bahasa standard iaitu Bahasa Melayu harus diamalkan oleh murid. Unsur – unsur dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan, penggunaan laras bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti yang bercorak kearah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasa murid sentiasa bertambah. Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya.
Murid juga digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang berlainan jantina. Mereka juga perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi yang berlainan jantina.
Dalam pengurusan bilik darjah, setiap murid haruslah diberikan peranan dan tanggungjawab tertentu untuk menanam semangat kerjasama dan cintakan kelas mereka. Ahli Jawatan Kuasa keceriaan kelas perlu diwujudkan disamping jawatan ketua kelas dan penolong ketua kelas. Dengan ini setiap murid dapat merasakan diri mereka tidak dipinggirkan di dalam kelas mereka.
Guru sebagai ‘role model’ kepada murid – murid. Murid biasanya akan terpengaruh kepada tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai seorang profesional. Oleh itu guru mesti membentuk program – program yang bertujuan membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas bagi mengurangkan segala tingkahlaku negatif.
Budaya belajar yang ceria, menyeronokkan, menyentuh emosi, disamping meningkatkan kecergasan mental, kreatif dan inovatif dan bermatlamat boleh menarik minat murid.
Pengurusan yang cekap dalam merancang dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran akan membantu mengurangkan ketidakseimbangan di dalam penyampaian pelajaran kepada setiap murid. Seharusnya seseorang guru mengenali dan memahami sosio-budaya setiap muridnya agar sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan mesra murid.
Cadangan kaedah P&P dalam menangani kepelbagaan sosio-budaya murid
Kepelbagaian sosio-budaya murid memberi kesan secara langsung terhadap kaedah yang harus digunapakai oleh guru dalam sesi P&P agar setiap murid mendapat peluang sama rata dalam penerimaan pembelajaran.
IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA TERHADAP SEKOLAH
Pada masa ini terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara. Pada peringkat rendah terdapat SK, SJKC, SJKT.
Pada peringkat menengah pula terdapat SMK Harian, Sekolah Model Khas, Sekolah BerasramaPenuh, Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama.
Dalam kalangan sekolah ini pula terdapat sekolah yang dikategorikan sebagai Sekolah Premier.
KPM turut mengadakan sekolah khas untuk pendidikan khas pada peringkat rendah dan menengah.
Selain itu, terdapat juga sekolah seperti Maktab Rendah Sains Mara, sekolah swasta dan sekolah antarabangsa.
SEKOLAH PREMIER
Merupakan sekolah yang mempunyai tradisi yang panjang seperti sekolah yang berusia 100 tahun atau lebih dan sekolah di dalam persekitaran yang strategik dan mempunyai infrastruktur yang baik seperti Sekolah Bestari dan Sekolah Model Khas.
SEKOLAH 100 TAHUN
Sekolah 100 tahun ialah sekolah yang dibina sebelum tahun 1905.
Sekolah ini mempunyai ciri-ciri tinggalan sejarah dan sebahagiannya ialah sekolah premier.
Diantara sekolah-sekolah yang tersenarai adalah Penang Free School(Pulau Pinang), Sekolah Tinggi Melaka (Melaka), Sekolah MenengahLelaki Methodist (Kuala Lumpur), Kolej Melayu Kuala Kangsar(Perak) dan Sekolah Padang Lebar Kikir (N. Sembilan).
SEKOLAH BESTARI
Merupakan sekolah-sekolah yang terletak di Koridor Raya Multimedia terutama di Putrajaya dan Cyberjaya.
Sekolah ini mempunyai reka bentuk yang menarik,infrastruktur yang lengkap dan terletak dalam kawasan strategik berhampiran dengan Kompleks Kerajaan Persekutuan.
SEKOLAH MODEL KHAS
Contohnya SMK Meru
Model Khas menggabungkan murid sekolah rendah pada peringkat Tahap II dan murid sekolah menengah dibawah satu bumbung.
Ia merupakan konsep baru dan menyediakan kemudahan fizikal yang kondusif bagi murid yang berpontensi di kawasan luar Bandar seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis (Pahang), dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jenun (Kedah).
SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS
Sekolah Pendidikan Khas menyediakan Pendidikan Khas kepada murid bermasalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran, autisme, sindrom-down, keupayaan kognitif rendah, ADHD dan disleksia.
Matlamatnya adalah supaya mereka menjadi insan yang berdikari dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara.
KESIMPULAN
Kepelbagaian sosio budaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti sekolah jenis Cina dan Tamil.
Sekolah Wawasan juga ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dikalangan murid di sekolah.
Apabila anak orang Melayu, Cina, India dan kaum lain dapat berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan, sudah tentu akan lahir satu generasi Malaysia yang bersifat pelbagai budaya.
7
No comments:
Post a Comment